Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya masih baru dalam dunia blog nih.Serba sedikit saya merintis untuk menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri ini..
Almaklumlah seorang blogger biasa yang tidak sepopular blogger-blogger lain.Cerita pasal diri sudah pastinya tidak mendapat perhatian.. Namun hari ini saya ingin menulis tentang diri ini untuk memotivasikan diri ini dan juga mungkin rakan lain..
Perubahan.. Apa yang perlu diubah?? Secara jujurnya saya bukan lah ingin mengubah dari segi luaran.. Agak sukar untuk saya bertukar dari seorang lelaki yang low profile dan selebet kepada seorang lelaki metroseksual.. Tidak sesuai untuk saya… Sebaliknya saya ingin mengubah diri dari seorang yang teramat biasa, tiada kejayaan kepada seorang yang berfikiran jauh.. Mampu mengubah persepsi diri dari seorang yang pesimis ke arah yang lebih optimis.. Kenapa?? Kerana kita semua adalah 'juara'.. Adakah anda bersetuju yang anda seorang juara?? Kita sememangnya telah dilahirkan sebagai juara,..
Tanpa sikap kejuaraan sudah pastinya kita yang dahulunya seekor sperma tidak mampu untuk menjuarai kedudukan untuk dimengandungkan oleh ibu bapa kita.. So kejayaan sudah pasti tersedia.. Yang perlu adalah mencarinya..
Berkenaan dengan perubahan, antara perkara yang dalam perhatian saya untuk berubah ialah :-
1. Kurangkan merungut.. Saya selalu merungut terhadap individu-individu berhampiran. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang tidak disukai.. Walaubagaimanapun rungutan tersebut tak kemana.. Jadi dari saya peningkan kepala otak melayan rungutan tersebut baik difikirkan tentang entri blog yang akan datang.. Selain itu lebih baik merancang pelan tindakan untuk menambah pendapatan..
..
2. Terlalu memikirkan sesuatu masalah.. Memang perkara tersebut sedikit sebanyak meningkatkan kadar tekanan darah..Malahan ianya mampu menganggu tidur namun sedikit sebanyak dapat mengendahkan masalah terutamanya masalah pejabat dengan memberi tekad dan kekuatan kepada matlamat baru bagi mengejar kejayaan peribadi..
3. Kurang fokus dan hangat-hangat tahi ayam..idea-idea sentiasa timbul tatkala berada di mana-mana sahaja.. Terima kasih kepadaNya yang memberikan imaginasi yang agak baik untuk saya terus berkarya...
Okay setakat ini perubahan yang akan dilakukan oleh saya bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.. Memang ada beberapa perkara negatif yang bersarang dalam diri ini untuk diubah namun perkara di atas merupakan yang utama patut diubah bagi memastikan kejayaan dapat dicapai,…
Sekian..
p/s :- Walaupun post ini tidak memberikan input-input menarik kepada anda namun diharap anda dapat bersama-sama melakukan perubahan bagi mencari yang terbaik dalam diri..
Setiap orang perlukan perubahan..
ReplyDeleteBagusla ..
Mesti konsisten dlm memberikan maklumat dan berkongsi idea..
Selamat dtg ke dunia blog!!!
Clap clap clap..
ReplyDeletesngguh idealistik kata2 anda nie..
tak sangka u berfikiran bergini..
i agak terkejot bila bc blog entry u..
seolah2 orang lain yg menulis entry nie...
hurm, well.. there more to learn about you.. i need to dig deeper..well, my priorty NO1 is MOTIVATION TO KNOW U BETTA!! hurm~~