Search This Blog

Sunday, February 15, 2009

Punk Sudah Mati!

Berilah masa diri berfikir untuk kembangkan idea untuk hidup di dunia dgn lebih teratur.Harapan dan Masa Hadapan anda terletak di tangan anda sendiri.Jangan toleh/main belakang orang.Attitude di luar tidak same dgn hati sanubari sendiri...

Harapan dan masa hadapan di renung....

Sebuah revolusi dan pergerakan (movement)pastinya mempunyai matlamat dan objektif. Begitu juga dengan apa yang anda semua "percaya" sekarang ini iaitu Hc/punk. "counterculture" hc/punk ini memang berasaskan kepada pegangan dan nilai etika hidup, revolusi sosial malah seluruh aspek kehidupan. Oleh itu hc/punk menjadi satu alternatif menyelesaikan "masalah" dari beribu-ribu jenis alternatif yang dicipta manusia. Tapi hc/punk itu terlalu bermasalah, bergelumang masalah dan hampir tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah puas kita dengar rungutan, bebelan, malah sudah berkali-kali kita mendengar pertikaian dan persendaan terhadap hc/punk yang adakalnya sekadar menjadi bahan jenaka dan "point" menarik untuk ditafsirkan ke dalam lirik-lirik lagu mahu pun penulisan di dalam zine. Kita saling mempersenda dan tanpa disedari, kita mempersenda diri sendiri. Usah salahkan mereka yang mempersenda..Lihat diri sendiri.

Kita tanya semula diri kita. Siapa kita? Apa yang kita lakukan selama ini? Mengapa kita buat itu dan ini? Adakah kita benar-benar jujur terhadap diri atau sekadar menjadikan hc/punk ( saya tidak mahu menyebut tentang idealisme yang lebih spesifik seperti anarkisme dan lain-lain) sekadar kambing hitam untuk menutup "kegagalan" hidup di masa remaja ? Adakah kita hanya mengambil "kegembiraan" yang boleh diperoleh di dalam hc/punk untuk diserap di dalam jiwa semata-mata untuk mengisi "rebellion" sebuah jiwa yang kosong dan terus menolak "kedukaan", "kesedihan"dan "kegagalan" yang masih melekat pada hc/punk? Oleh itu, harus kita memanggil diri kita sebagai parasit yang sekadar menumpang demi meneruskan hidup atau atas sebab-sebab lain. Betapa "selfish" dan gagalnya kita merealisasikan etika hidup...hc/punk akhirnya menimbulkan masalah dan berterusan kabur di dalam jiwa golongan anak muda yang kononya amat "anti-establishment" ini. Akhirnya, tinggal insan-insan yang dungu mencebik kembali kegagalan sendiri.

Kita semua manusia, punya akal dan fikiran. Masing-masing punya harapan dan masing-masing punya ikhtiar. Kita semua punya visi dan kehendak masing-masing. Contoh di dalam hidup ini, dari hc/pun kita belajar untuk mengenali erti hidup. Bukan sekadar "skill" berkarya atau menjadi se-radikal mungkin tapi lebih dari itu. Kita mesti tahu cara untuk hidup, menghidupkan kehidupan dan mencapai matlamat hidup. Semudah itu. Tapi harus diingat, di dalam mencapai matlamat hidup masih ada aspek-aspek yang perlu selalu diingat. Pastinya kita mahu kebebasan/freedom. Bagaimana kita mencapai kebebasan itu? Kebabasan untuk apa? atau bebas tapi masih dicengkam kuku besi penindasan, buruk sangka, cemburu, iri hati, konformiti, bla!bla!? Di dalam merealisasikan kebebasan, jangan menyekat! Sesungguhnya kebebasan itu mutlak namun kebebasan kita tidak akan mutlak. Faham akan maksud frasa itu? BEBAS itu mutlak tetapi kebebasan kita tidak mutlak selagi kita menjadi musuh kepada kebebasan itu sendiri. Sebagai contoh, apabila sesorang itu cuba mencampur-adukkan dua perkara yang nyata tiada kaitan, maka timbul kekeliruan dan seterusnya memutar belit matlamat asal: kebebasan. Contoh terbaik ialah apabila ada insan yang menghentam insan lain hanya kerana perbezaan agama, budaya, seksualiti, umur, jantina, bangsa, taraf hidup dan lain-lain. Jelas kemanusian tidak wujud di situ. Demi mencapai kebebasan sendiri, orang lain kita perlecehkan. Maksudnya, kita mencapai kebebasan palsu hasil dari penindasan terhadap pihak lain. Itu bebas cara nazi. Itu kebebasan Klu Kluk Klan. Itu kebebasan militari membunuh atas nama negara. Itu kebebasan ala-fasis. Semua itu adalah momok kebebasan yang sudah kita ketahui dari sejarah dunia. Dari kekejaman maharaja zaman dahulu kala sehingga ke zaman globalisasi dunia hari ini. Kita "bebas" di atas dasar penindasan.

Sebenarnya saya tidak senang dengan golongan yang lebih suka "doubt" dan meng-korup kan idea. Biasa kita dengar punx yang berterusan mempertikaikan sesebuah idea konstuktif. Tidakkah kita sedari bahawa idea yang hadir dari akal rasional kita juga bersifat anarkisme selagi ia tulus dari hati dan penafsiran kita sendiri? Kita paling tidak memiliki nilai anarkisme di dalam diri. Semua manusia adalah berpotensi untuk menjadi produktif atau destruktif. Namun sudah menjadi lumrah ( konformiti tepu sebenarnya!) bahawa manusia gemar membuat kerosakan. Kepada para "punx" atau "anarkis" yang destruktif, hentikan sahaja revolusi hidup ini keseluruhannya. Hiduplah kembali di dalam konformiti yang dogmatik dan lupakan idealisme anda. Lebih baik menjadi "sheep" yang diarah dan dipimpin atau mungkin menjadi pemimpin yang tenggelam di dalam kuasa. Paling tidak, anda tidak tertekan lagi untuk menipu diri sendiri. Tiada guna menjadi duri di dalam daging lagi. Ambil tempat di dalam sistem dan lalui masa hadapan mu yang sudah sedia dirancang oleh mekanisme sistem. Lahir, sekolah, lulus peperiksaan. cari kerja, beli rumah, kahwin, dapat anak, pencen, makan duit pencen dan mati. Bukankah terlalu banyak yang boleh dilakukan di dalam hidup ini? Sistem tidak pernah peduli akan manusia walau kerana sistem itu manusia. Selagi manusia itu dicengkam elemen destruktif, selagi itu manusia dicengkam sistem. Sistem adalah KITA ! Mungkin sehingga mati kita tidak mampu membinasakan sistem seperti idea-idea "state", pekerjaan, hirarki, authority, government dan sebagainya. Itu sudah pasti. Sistem tidak akan dihapuskan selagi manusia tidak mengikis elemen destruktif dalam diri. Usah kata "sistem yang kita benci adalah sistem yang kita sokong" kerana kita sendiri destruktif. Kita sebenarnya menjadi mekanisma sistem itu sendiri. Pokok pangkalnya di sini ialah kejujuran hati sendiri. Adakah anda bersedia atau masih berat berfikir tentang masalah personal yang di politikkan dengan begitu korup? Prejudis dan iri hati akhirnya akan memakan diri.

Sekarang pastikan diri kita sudah memiliki asas utama iaitu minda yang terbuka dan rasional. Praktikalnya sudah pasti menjadi asas perjuangan seterusnya. pasti kita mampu mengeluarkan idea-idea baru yang konstuktif untuk kehidupan semua manusia, paling tidak untuk diri sendiri (tanpa menggangu orang lain). Itu sudah memadai. Minda yang terbuka adalah lebih dari sekadar mewarnakan rambut, memakai jaket kulit yang dipenuhi "stud" atau tahu cara untuk "layan" lagu yang ganas dan laju. Itu hanya konformiti yang sangat "establish" walau pon kelihatan "pelik", "anti-establishment" dan "non-konformis" di mata masyarakat perdana. Minda yang terbuka ialah apabila kita merasakan kita telah membuat sesuatu dengan penuh rela hati. Menerima idea dan memberi idea untu memperbaiki kehidupan yang sedia ada. Kita juga mampu menolak idea dan membuat keputusan ke atas diri sendiri dengan rasional apabila minda kita terbuka. Aspek kehidupan terlalu luas. Etika hidup amatlah perlu demi mencapai matlamat kehidupan yang "bebas" dan "lebih baik". Sekecil-kecil perkara hingga ke masalah komuniti besar, etika diperlukan. Jika anda rasa minda anda terbuka, etika hidup pasti dirasakan amat penting. Mengapa? Jawapannya ialah kerana anda sudah mempraktikkan etika hidup. Nyata semuanya mudah dan tidak perlu banyak cakap dan persoalan. Ketika itu, kesedaran untuk membina satu kehidupan yang bebas datang dengan bebas dari mindayang bebas.

Dunia ini telah banyak kali dijadikan "kambing hitam" di atas kesilapan manusia. Manusia sentiasa mahu melepaskan diri dari tersepit tetapi mahu terus "survive" dengan "selfish" sekali. Kita lihat kita semua adalah "error". Manusia gagal berfungsi kepada kemanusiaan. Oleh itu, tajamkan minda dan biarkan ia bergerak bebas. Sentiasa mencari sesuatu yang konstruktif yang boleh disumbang kepada kehidupan. Perasaan benci, marah dan kecewa adalah naluri semulajadi. Semua itu punya fungsi tetapi itu bukan alasan untuk terus kaku dan "ignorant". Penentangan/resistance itu sendiri datang dari rasa cinta dan benci. Cintakan sesuatu yang diperjuangkan dan bencikan sesuatu yang ditentang. Gunakan kekuatan benci dan cinta yang ada di dalam diri. "Engkau nih pikir lirik kau nih best sangat ke? Politikal correct nak mampos?" mungkin begitu bunyi soalan sinis itu. Jawapannya "adakah engkau mahu mengubah hidup yang seperti tidak berguna ini atau mahu memaksa aku supaya berterusan memuaskan hati engkau?" Atau " Kau mahu aku terus gembira di bawah payung "bersatu" dan melupakan matlamat dan pendirian aku?". Mungkin cara pihak saya berkata sangat individualistik dan self-righteous. Memang saya sudah berfungsi sebagai individu di situ dan saya juga sudah mengaplikasikan idea dan pendirian saya. Self righteous? apa itu self rghteous sebenarnya??

Dari perenggan di atas itu saya sedari bahawa matlamat dan idea harus rasional. Kita bebas berfikir demi mencari sesuatu yang konstuktif. Oleh itu, jika niat dihati mahu terus mempersenda dan mempersoalkan hc/punk, saya yakin- anda ada alternatif yang sesuai dan mampu mengisi keinginan dan matlamat anda !!! Terlalu banyak soalan yang destruktif dan tidak sekali-kali membina adalah racun pergerakan ini sendiri. Di mana masa hadapan? Bejaya atau gagal atau sekadar jenaka? Buat apa berada di dalam hc/punk sekadar mahu menyumbang ke arah kegagalan hc/punk itu sendiri. Hc/punk tiada pintu. Anda masuk "pintu" itu tanpa disuruh dan boleh "keluar" jika mahu. Siapa saya? Siapa anda? Siapa kita? Apa matlamat kita? Cukup sudah mencari helah dan membela/menternak kambing hitam di dalam hati. Percaya? Just do it!(Nike!!!!). Take it or leave it!

Diri ini masih perlukan perubahan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya masih baru dalam dunia blog nih.Serba sedikit saya merintis untuk menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri ini..
Almaklumlah seorang blogger biasa yang tidak sepopular blogger-blogger lain.Cerita pasal diri sudah pastinya tidak mendapat perhatian.. Namun hari ini saya ingin menulis tentang diri ini untuk memotivasikan diri ini dan juga mungkin rakan lain..

Perubahan.. Apa yang perlu diubah?? Secara jujurnya saya bukan lah ingin mengubah dari segi luaran.. Agak sukar untuk saya bertukar dari seorang lelaki yang low profile dan selebet kepada seorang lelaki metroseksual.. Tidak sesuai untuk saya… Sebaliknya saya ingin mengubah diri dari seorang yang teramat biasa, tiada kejayaan kepada seorang yang berfikiran jauh.. Mampu mengubah persepsi diri dari seorang yang pesimis ke arah yang lebih optimis.. Kenapa?? Kerana kita semua adalah 'juara'.. Adakah anda bersetuju yang anda seorang juara?? Kita sememangnya telah dilahirkan sebagai juara,..
Tanpa sikap kejuaraan sudah pastinya kita yang dahulunya seekor sperma tidak mampu untuk menjuarai kedudukan untuk dimengandungkan oleh ibu bapa kita.. So kejayaan sudah pasti tersedia.. Yang perlu adalah mencarinya..

Berkenaan dengan perubahan, antara perkara yang dalam perhatian saya untuk berubah ialah :-

1. Kurangkan merungut.. Saya selalu merungut terhadap individu-individu berhampiran. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang tidak disukai.. Walaubagaimanapun rungutan tersebut tak kemana.. Jadi dari saya peningkan kepala otak melayan rungutan tersebut baik difikirkan tentang entri blog yang akan datang.. Selain itu lebih baik merancang pelan tindakan untuk menambah pendapatan.. :) ..
2. Terlalu memikirkan sesuatu masalah.. Memang perkara tersebut sedikit sebanyak meningkatkan kadar tekanan darah..Malahan ianya mampu menganggu tidur namun sedikit sebanyak dapat mengendahkan masalah terutamanya masalah pejabat dengan memberi tekad dan kekuatan kepada matlamat baru bagi mengejar kejayaan peribadi..
3. Kurang fokus dan hangat-hangat tahi ayam..idea-idea sentiasa timbul tatkala berada di mana-mana sahaja.. Terima kasih kepadaNya yang memberikan imaginasi yang agak baik untuk saya terus berkarya...

Okay setakat ini perubahan yang akan dilakukan oleh saya bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.. Memang ada beberapa perkara negatif yang bersarang dalam diri ini untuk diubah namun perkara di atas merupakan yang utama patut diubah bagi memastikan kejayaan dapat dicapai,…
Sekian..

p/s :- Walaupun post ini tidak memberikan input-input menarik kepada anda namun diharap anda dapat bersama-sama melakukan perubahan bagi mencari yang terbaik dalam diri..