Search This Blog

Friday, November 5, 2010

Lions Club & Rotary Club



Sejarah:
Ditubuhkan oleh peguam muda bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah Syarikat Insuran di Chicago.
• Kongres pertama 1918M dihadiri 22 Yahudi Freemason.
• Didokong oleh Yahudi antarabangsa.
• Pejabat berada dipusat Kelab Rotary dan pejabat cawangan Bahaiyah US.(kemudian dipindah ke NY kemudian ke Washinton.)
• Sebagai back-up kepada kelab Rotary(andai kata kelab tersebut diketahui akan pergerakannya yang sebenar)
• Kedua-dua diwujudkan bagi mengaburi khalayak ramai tentang pergerakan Freemason dalam sesebuah negara.
Lions membawa banyak maksud.Antaranya ‘singa’ iaitu pengawal atau penjaga Haikal Sulaiman yang berada di salah satu bahagian Masjidil Aqsa. Lions juga membawa maksud ‘Libertgintelligenc eoui-vationssafe ty’ yang bererti merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami.
Kelab ini berselindung disebalik slogan manis untuk menutup projek rahsia mereka.



Matlamat Utama Kelab Lions
• Bangsa Yahudi mencampuri bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih sayang,kemudian mereka menyalurkan segala maklumat yang diperoleh kepada markaz utama supaya ekonomi dan politik sesuatu kawasan dapat dikuasai.
Yahudi menganggap bahawa bangsa lain di dunia ini adalah bodoh dan setaraf dengan haiwan ternak (Goyim-bukan akum sepertimana yang diwar-warkan) dan boleh diperlakukan oleh mereka dengan sesuka hati untuk merealisasikan apa yang dikehendaki oleh mereka.



Matlamat sampingan:
• Menanam roh kerjasama di kalangan bangsa di dunia
• Menjauhkan masyarakat daripada konflik politik dan agama
• Memberikan khidmat sosial melalui pertubuhan kebajikan


Sejarah:
• Ditubuhkan antara tahun 1903M dan 1908M bertempat di wilayah Illionis, Chicago , US
• Ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu (Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka.
• Ditubuhkan oleh salah seorang anggota Freemasonary yang bernama Paul Harris,seorang peguam.
• Paul Harris dibantu oleh tiga orang Yahudi US iaitu Silver Sheiller(saudagar arang),Gustav Lower(jurutera perlombongan) dan Hiram Chorry(pedagang&penjahit)
• Diawalnya dianggotai oleh anggota Freemason sahaja untuk merahsiakan pergerakan tetapi dibongkar rahsianya pada kongres Zionis di basel , Switzerland pada 1897M
• kelab rotary kedua dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di NY dan seterusnya di Washinton.
• Pada 1912M telah dibentuk kelab Rotary Internasional bagi membuka penyertaan kepada masyarakat luar.
Bancian pada 1998M menunjukkan keahliannya telah mencapai 22juta orang mewakili 430 buah kelab rotary di 160 buah negara dunia.
Pengertian Rotary adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘in rotation’.Istilah ini membawa pengertian:
1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti
2. Tempat operasi bertaburan dan berlegar diseluruh dunia dan berakhir disuatu titik pusat iaitu Israel .
3. Anggota yang baru dipilih berdasarkan profession tertentu diadakan perjumpaan secara bergilir-gilir disetiap rumah anggota
4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah haikal Sulaiman
Kesimpulannya: Berlegar dibawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama penubuhan kelab iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di israel yang juga matlamat utama freemason.
Matlamat utama Kelab Rotary
1. Menjadikan kelab sebagai markaz maklumat dan tempat latihan perkaderan serta tempat menyalurkan fikrah freemasonary
2. Menjadi markaz pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan diseluruh dunia
Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markaz utama di Chicago yang akan bertindak sebagai markaz freemasonary bagi hal ehwal luar.




Matlamat sampingan
1. Memperluas promosi bagi menarik peluang pekerjaan
2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial bertujuan menarik perhatian masyarakat untuk membuktikan mereka adalah pertubuhan kebajikan.
3. Menanam semangat persahabatan, kerjasama, cintakan keamanan.

Friday, July 16, 2010

Kaedah tradisional dan moden tentu kiblat


Matahari istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

§ Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:

§ Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.

§ Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.

§ Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

Kaedah buruj bintang

§ Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.

§ Langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada pada satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.

§ Sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah dikenal pasti seperti bentuk haiwan dan geometri.

§ Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.

§ Menggunakan kedudukan buruj Orion atau buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An Nilam[ dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

Kaedah matahari terbenam

§ Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.

§ Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.

Pengiraan arah kiblat

§ Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).

§ Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

Kompas Prismatik

§ Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.

§ Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.

§ Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.

§ Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.

Penggunaan Teodolit

§ Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.

§ Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

Wednesday, July 14, 2010

HUKUM TERHADAP PERUSUH DAN PENGACAU KEAMANAN

  1. 1) Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al Maidah ayat:33).
  2. 2) Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. .(Surah Al Maidah ayat:34).
  3. 3) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (Surah Al Maidah ayat:35).
  4. 4) Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah Al Maidah ayat:36).
  5. 5) Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal .(Surah Al Maidah ayat:37).
  6. 6) Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah Al Maidah ayat:38).
  7. 7) Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. .(Surah Al Maidah ayat:39).

Hukum Membunuh

1) Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya). (Surah Al Baqarah ayat:84).

2) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah An Nisaa' ayat:29).

3) Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya). (Surah An Nisaa' ayat:30).

4) Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah An Nisaa' ayat:92).

5) Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (Surah An Nisaa' ayat:93).

6) Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Surah Al Maaidah ayat:32).

7) Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (Surah Al Israa' ayat:33).

Tuesday, July 13, 2010

Gaza Menangis...



Bismillahirahmanirahim. Jika ada terkasar bahasa dan terlanjur menulis sila beri kritikan dan tunjuk ajar sedangkan guru sudah mengeja lagikan membaca. Ade mata melihat, ade telinga dengar, ada mulut cakap.Wallahualam...

Tahun 1920 an (Zionisma/Kekalahan Ottoman)

1) Negara Israel belum terbentuk sehinggalah pada tahun 1948. Pada awalnya, tidak ada pergerakan nasiolisma YAHUDI yang tujuannya adalah untuk kembali ke tanah Israel. Ini kerana pada umumnya yang aku tau la warga Israel ni diterima ditempat-tempat di mana diorang bermastautin. Tapi lepas munculnya gerakan
anti-semit di Russia, dan pada tu lak kematian Alfred Dreyfus (Kapten Tentera Perancis berbangsa Yahudi) yang dituduh menjadi mata-mata musuh dan mulalah tercetusnya gerakan nasiolisme Yahudi (Zionisme) di kalangan Yahudi di seluruh eropah. Zionisme ini juga dipopularkan oleh seorang jurnalis berbangsa Yahudi dari Austria iaitu Theodor Herzl melalui buku Der Judenstaat. Dia ni menggangap kalo seluruh eropah dah mendiskriminasikan bangsa Yahudi buat ape dieorang jadi orang tumpangan di negara orang kan. Semangat-semangat nasiolisma Zionisma ini telah semakin membara kat seluruh Eropah sehingga terlahirlah Aliyah (perpindahan bangsa Yahudi ke tanah Israel). Bende alah Aliyah ni gak dah menjadi prinsip utama dalam Zonisme. Ok paham?!

2) Wilayah Palestin/Israel pada masa ini dahulunya di bawah kekuasaan
Empair Othmaniah (Ottoman Empire). Pada masa ni, empire ni masih memegang sebahagian besar wilayah di kawasan asia barat, dimulai dari Asia Turki sehinggalah ke seluruh semenanjung arab. Selama lebih kurang 400 tahun empire ini bertahan di wilayah timur tengah yang kita d0k tau masa ni. Kejatuhan empire Othmaniah di timur tengah adalah pada Perang Dunia 1. Kekalahan ini bukan sahaja disebabkan pihak Inggeris dan Perancis malahan jugak bangsa-bangsa arab yang berada di wilayah Ottoman. Bangsa arab memberontak atas bantuan pihak Inggeris pada waktu itu mereka telah menjanjikan melahirkan sebuah pemerintahan arab yang independence. Janji pihak inggeris ini termaktub dengan temetrainya rundingan antara Sir Henry Mc Mahon dan Sharif Hussein bin Ali yang dikenali sebagai McMahon-Hussein Correspondence.Wallahualam...

3) Perjanjian ini tidaklah semudah yang disangkakan dalam pembentukan pemerintahan arab ini. Pihak Inggeris dan Perancis telah membuat perjanjian bilateral yang membahagikan bekas-bekas wilayah Ottoman untuk negara-negara Eropah yang dikenali sebagai
Skyes-Picot Agreement. Dalam agriment ni pemerintahan arab yang bakal wujud tak dapat sepenuhnya wilayah ottoman tersebut. Dalam perjanjian ni gak Inggeris mendapat Jordan, Iraq, dan sebahagian wilayah Haifa, sementara Perancis mendapat Turki, bahagian utara Iraq, Syria dan Lebanon sedangkan negara-negara lain dibebaskan untuk memilih wilayah yang akan dikuasainya. Ketika Skyes-Picot Agreement ni dijalankan, negara Palestin belum diserahkan pada negara-negara manapun sehingga dijadikan sebuah wilayah international yang dikelola bersama antara negara-negara pemenang. Pada masa yang sama pembentukan Skyes-Picot Agreement ini, Pihak Inggeris jugak dah meberi janji kepada bangsa Yahudi dengan mendukung pendirian negara Yahudi di tanah Palestin. isk-isk aku baca pon terkejot!!. Dokumen ni dikenal dengan Balfour Declaration of 1917, yang menjadi landasan kepada gerakan Zionisme dengan visi dieorg ni untuk wujudkan negara Yahudi yang esklusif dengan kembali ke tanah Palestin. Wallahualam...

4) Skyes-Picot Agreement yang dibuat antara Inggeris dan Perancis ternyata tak menyelesaikan permasalahan yang ada di kawasan Timur Tengah, karena sengketa yang terus terjadi antara negara-negara yang menguasai bekas wilayah Ottoman. Akhirnya Dewan Sekutu memutuskan untuk membuat konferensi yang diadakan di San Remo, Italia, untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Konferensi San Remo menghasilkan keputusan yang memberikan wilayah Palestin dan Iraq kepada Inggeris, sedangkan Perancis mendapatkan Syria dan Lebanon. Keputusan ini mengikut Balfour Declaration sebagai salah satu landasan untuk mewujudkan wilayah tersebut, disamping Pasal 22 dari Kovenan Liga Bangsa-Bangsa. Liga Bangsa-Bangsa menggunakan hasil dari Konferensi San Remo untuk membuat British Mandate of Palestine pada tahun 1920, yang menjadikan wilayah Palestin sebagai wilayah mandat yang akan dikelola oleh Inggeris hingga penduduk di wilayah tersebut dapat memerintah secara otonom. Wallahualam...

Tahun 1920-1948 : Mandat Pihak Inggeris hingga terbentuknya Negara Israel

1) Tugas yang diberikan LBB kepada Pihak Inggeris untuk mengelola wilayah Palestin sehingga mereka memerintah secara autonomi menimbulkan banyak pertikaian di antara warga di wilayah Palestin, khususnya antara Arab dan Yahudi. Kedua-dua bangsa ni dah dijanjikan oleh Inggeris untuk membentuk pemerintahan berdaulat yang berdiri dengan kaki sendiri, sehingga menimbulkan banyaknya gesaan terutama mengenai siapa yang paling berhak untuk berada di wilayah Palestin. Selama hampir 30 tahun pemerintahan Mandat Inggeris, telah terjadi beberapa pemberontakan di antara bangsa Arab dan Yahudi yang berada di wilayah Palestin, antara lain Palestine Riots 1920, Palestine Riots 1929, Arab Revolt 1936-1939, Jerusalem Riots 1947. Dalam kurun waktu ini pula, terjadi Perang Dunia II di wilayah Eropah yang telah melahirkan tragedi holocaust, sehingga makin menguatkan niat bangsa Yahudi di Eropah untuk kembali ke tanah Palestin. Wallahualam...

2) Lahirnya PBB( Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) pulak selepas LBB, tidak banyak membantu penyelesaian konflik yang terjadi di wilayah Palestina. PBB, khususnya Majlis Umum, berinisiatif untuk membuat sebuah proposal perdamaian untuk Arab dan Yahudi di Palestin, iaitu dengan membuat pembahagian dalam wilayah Palestin, sehingga terbentuk negara Arab dan Yahudi secara terpisah. Dalam proposal ini, Jerusalem tidak ditempatkan dibawah penguasaan Arab ataupun Yahudi, tetapi dijadikan sebagai sebuah wilayah internasional yang diurus secara internasional oleh PBB. Proposal menjadi Resolusi 181 Majlis Umum PBB, atau lebih dikenal dengan UN Partition Plan, memberikan 55% wilayah Palestin untuk dijadikan negara Yahudi, dan 45% sisanya untuk negara Arab. Secara demografis, komunitas Yahudi hanya ada sekitar 7% dari seluruh penduduk Palestina, dan 93% sisanya merupakan Arab. Dengan adanya ketidakseimbangan antara jumlah penduduk dan wilayah yang diberikan oleh PBB, protes dari bangsa Arab pun bergelodak. Wallahualam...

3) Adanya tentangan dari bangsa Arab yang merasa diperlakukan tidak adil melalui UN Partition Plan, mereka telah membuat rundingan selanjutnya di Jerusalem antara Arab dengan Yahudi. Tentangan dari bangsa Arab telah menggagalkan proposal perdamaian ini. Gagalnya mandat Inggeris(British) dan UN Partition Plan di Palestin, tidak menghambat bangsa Yahudi untuk mewujudkan visi (Zionisme) mereka. Pada hari yang bersamaan dengan berakhirnya Mandat Inggeris, David Ben-Gurion yang mewakili Yahudi, menyatakan Negara Israel telah wujud, dan Soviet Union dan Amerika Syarikat telah memberikan pengakuaan terhadap negara yang baru lahir tersebut. Proklamasi kemerdekaan Israel ini menimbulkan kemarahan bangsa Arab, dan menimbulkan konflik bersenjata pertama antara bangsa Arab dengan Yahudi. Wallahualam...

Tahun 1948 : Konflik Yang Tiada Penghujung, dan Perjanjian-perjanjian Damai yang Penting.

1) Kelahiran Israel pada 14 Mei 1948 telah mewujudkan konflik berpanjangan antara Arab dengan Israel. Konflik bersenjata pertama antara Arab dengan Israel terjadi beberapa hari sesudah kemerdekaan Israel. Pada saat itu, Israel belum memiliki angkatan bersenjata yang rasmi, dan hanya mempunyai organisasi paramiliter seperti Haganah, Irgun, Palmach yang berjuang tanpa komando. Sementara bangsa Arab di Palestin juga hanya mempunyai organisasi paramiliter Fatah dan Najjada. Namun setelah itu, bangsa Arab didukung oleh negara-negara Arab disekitar Israel seperti Iraq, Jordan dan Mesir untuk menolong Arab menghadapi Israel. Di tengah-tengah peperangan, organisasi paramiliter Israel dilebur menjadi sebuah angkatan bersenjata yang dinamakan Israeli Defense Forces, sehingga mereka memiliki kekuatan militer yang lebih tersusun dan rapi. Peperangan pada tahun 1948 atau lebih dikenali dengan nama Al Nakba dimenangi oleh Israel, setelah lebih dari satu tahun bertempur maka berakhirnya perang Al Nakba dengan temetrainya perjanjian damai antara Israel dengan negara-negara Arab sekitar bulan Julai 1949. Pada tahun itu, kewujudan Israel sebagai sebuah negara telah diterima sebagai anggota PBB. Perang 1948 telah menimbulkan banyak persoalan bagi bangsa Palestin yang terusir dari tanah air mereka. Sekitar 750.000 warga Palestin terpaksa menjadi penumpang dan mencari perlindungan di negara-negara Arab yang lain. Wallahualam...

2) Konflik bersenjata Arab dan Israel tidak berhenti pada tahun 1949. Selama 17 tahun, ketegangan antara negara-negara Arab dan Israel masih terus terjadi, khususnya dari Presiden Mesir pada saat itu, iaitu Gamal Abdul Nasser. Beliau sering mengeluarkan kenyataan untuk menghancurkan Israel. Pada tahun 1967, terjadi konflik antara Arab dan Israel. Israel yang telah mengarahkan para cendiakawannya ke seluruh wilayah negara-negara Arab, hasilnya mereka telah menghimpun informasi berkaitan dengan maklumat negara-negara Arab untuk menyerang Israel. Pada 5 Jun 1957, Israel melancarkan serangan pertamanya ke Mesir, dikhususkan ke pangkalan udara yang menjadi tempat kekuatan Mesir. Israel terus melancarkan serangan-serangannya ke negara-negara Arab yang menentang Israel seperti Jordan, Syria, dan Lebanon. Perang yang dikenal juga dengan Six-Days War ini dimenangi oleh Israel, dan tidak hanya itu, Israel berhasil merebut wilayah Gaza dan Semenanjung Sinai dari jajahan Mesir, Jerusalem Timur dan Tepi Barat dari Jordan, dan Dataran Tinggi Golan (Golan Heights) dari Syria. Secara fakta, pakatan kekuatan tentera negara-negara Arab jauh lebih kuat kalau dibandingkan dengan Israel. Perang 1967 timbul lagi dari program perkongsian. Sekitar 250.000 penduduk Palestin menjadi sebahagian dari gelombang kedua perkongsian Palestin. Wallahualam...

3) Kekalahan negara-negara Arab dalam Six-Days War tidak menyebabkan konflik antara Arab dengan Israel berakhir. Pada tahun 1973, tepat sebelum peringatan hari Yom Kippur oleh Yahudi, kembali terjadi konflik bersenjata antara Negara Arab dengan Israel. Yom Kippur War pula menjadi puncak konflik bersenjata antara Negara Arab dan Israel. Dalam perang ini, Bangsa Arab berjaya membalas kekalahannya kepada Israel. Serbuan negara-negara Arab berjaya melumpuhkan Israel, meskipun Israel tidak dikalahkan secara keseluruhan. Perang ini berhasil memaksa Israel untuk mengembalikan Semenanjung Sinai dan Gaza kepada Mesir melalui sebuah perjanjian perdamaian pada tahun 1979. Wallahualam...

4) Kehadiran PLO(Palestine Liberation Organization 1964) sebagai wakil rasmi bagi rakyat Palestin telah menjadikan perjuangan Palestin semakin terkawal, dan memudahkan Palestin untuk ikut serta dalam persidangan antarabangsa, kerana status PLO sebagai gerakan pembebasan nasional telah diakui. Meskipun telah memiliki organisasi yang rasmi, masyarakat Palestin tetap melancarkan perjuangannya secara otonom. Salah satu buktinya, rakyat Palestin melakukan penentangan terhadap Israel atau yang dikenali dengan “Intifada”. Penentangan ini dilatarbelakangi oleh kekecewaan rakyat Palestina terhadap bangsa Arab yang tidak lagi berjuang bersama-sama mereka, lalu PLO yang belum menunjukkan posisinya sebagai badan yang penting untuk rakyat Palestin, dan juga tindakan represif dari Israel melalui pembunuhan-pembunuhan terhadap tokoh Palestin, penghancuran barangan milik warga Palestin, dan juga pemindahan penduduk secara paksa (deportasi). Salah satu ciri khas Intifada di Palestin adalah melemparkan batu yang dilakukan oleh rakyat Palestin terhadap angkatan tentera Israel. Lahirnya Intifada pertama di Palestin, dan juga kematian Abu Jihad, telah menginspirasi beberapa pemimpin Palestin untuk memutuskan bahwa berdirinya negara Palestina pada tahun 1988. Semenjak tahun 1988, istilah “Palestin” telah menggambarkan sebuah negara mulai dikenal. Meskipun pada tahun-tahun selanjutnya, PLO tetap menjadi wakil Palestin untuk berjuang di persidangan antarabangsa, kerana status Palestin sebagai negara belum diakui secara meluas di peringkat antarabangsa. Wallahualam...

5) Setelah terbentuknya PLO dan negara Palestin, banyak perdamaian antara Palestina dan Israel mula giat dilakukan oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Russia. Persidangan perdamaian paling awal adalah Madrid Conference yang dilaksanakan pada tahun 1991, yang kemudian dilanjutkan dengan Oslo Accords pada tahun 1993. Oslo Accords menjadi salah satu tahap penting dalam proses perdamaian Palestin-Israel. Ianya memuatkan proses-proses serta cadangan perdamaian dan pembentukan negara Palestin. Bahkan dengan adanya Oslo Accords, Intifada yang telah berlangsung selama 5 tahun dapat dihentikan. Namun begitu seiring terbunuhnya Yitzhak Rabin yang berperan penting dalam Oslo Accords, kesepatakan tersebut kembali mentah dan tidak dapat diadaptasikan. Setelah Oslo Accords, masih ada Hebron Agreement dan juga Wye River Memorandum yang tidak menghasilkan kejayaan bagi proses perdamaian Palestina dan Israel. Wallahualam...

6) Pada tahun 2000, AS kembali berusaha untuk membuka jalan bagi kemungkinan perdamaian antara Palestin dan Israel. Pertemuan antara Bill Clinton, Ehud Barak, dan Yasser Arafat di Camp David, AS juga tidak menghasilkan apa-apa pendamaian. Pada tahun itu juga, Intifada jilid ke-2 kembali muncul di masyarakat Palestin. Pasca Camp David Summit, masih sedaya upaya untuk menjayakan proses perdamaian melalui Beirut Summit yang dijalankan oleh Arab Peace Initiative, dan juga proposal Peta Jalan atau Road Map for Peace yang diusulkan oleh Quartet on Middle East yang terdiri dari AS, Rusia, PBB, dan Uni Eropa (UE). Sama seperti perdamaian sebelumnya, kedua-dua pertemuan itu tidak berhasil mendamaikan Palestin dan Israel. Wallahualam...

7) Pada tahun 2007, di saat-saat akhir pemerintahan George W. Bush, Quartet on Middle East ditambah dengan kemasukan Mesir. Mereka mengadakan perbincangan untuk mengembalikan perdamaian antara Palestin dan Israel di Annapolis. Untuk pertama kali dalam konflk sejarah proses perdamaian Palestin dan Israel, resolusi dua negara disebutkan secara eksplisit dalam proses konferensi. Dengan penerimaan resolusi bagi kedua-dua negara dalam Annapolis Conference, maka telah terjadi perubahan dalam platform politik yang telah lama dipegang oleh Palestin dan Israel. Meski demikian, melalui Annapolis Conference ini pun masih belum dapat dijayakan kerana konflik yang terjadi di wilayah Palestin-Israel masih rumit dan sukar diselesaikan. Wallahualam...

Yang terbaru sila lawati laman web ini http://www.perdana4peace.org/ yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad.